Tiga lelaki ditahan, kes lelaki OKU dipukul di pasar tani - The Reporter

Tiga lelaki ditahan, kes lelaki OKU dipukul di pasar tani

Tiga lelaki ditahan kes lelaki OKU

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Polis telah menahan tiga lelaki malam tadi bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang dipukul di tapak jualan pasar tani di Padang Astaka, Chukai, Kemaman.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhammad Wan Jaafar berkata, ketiga-tiga suspek menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman sebelum ditahan pada kira-kira jam 8 malam.

“Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun. Polis kini sedang mengumpul maklumat daripada mereka bagi melengkapkan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut memaklumkan bahawa kes ini disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Insiden ini sebelum ini mendapat perhatian ramai selepas video berdurasi hampir dua minit memaparkan mangsa yang juga pemegang kad OKU kategori mental, dipukul dan diheret di pasar tani tersebut, menjadi tular di media sosial.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tambahan berhubung kejadian ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Kemaman di talian 09-859 2222.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Total
0
Share