'Tidak dibenarkan syarak' - PU Syed tegur Nora Ariffin guna AI gerakkan wajah arwah suami semasa konsert | The Reporter

‘Tidak dibenarkan syarak’ – PU Syed tegur Nora Ariffin guna AI gerakkan wajah arwah suami semasa konsert

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pendakwah bebas, PU Syed menegur penyanyi, Nora Ariffin yang menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang memaparkan wajah bekas suaminya, Allahyarham Johan Nawawi yang bergerak sewaktu membuat persembahan dalam konsert baru-baru ini.

PU Syed atau nama sebenarnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak berkata, perbuatan berkenaan tidak bertepatan dengan hukum syarak.

“Perbuatan menggerakkan gambar tanpa tujuan yang baik maka tidak dibenarkan.

“Kepada Puan Nora harap tidak melakukan perkara seperti itu sebab tidak dibenarkan oleh syarak. Menghidupkan gambar dengan tujuan berduet untuk menyanyi dan boleh mendatangkan keaiban kepada beliau dan arwah.

“Kemudian Puan Nora merupakan isteri kepada orang lain. Kena jaga hati suami supaya tidak menyakiti hatinya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga memetik artikel daripada Mufti Wilayah Pesekutuan mengenai perincian penggunaan teknologi berkenaan.

Related Posts