Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tampil menepis tuduhan kononnya kerajaan MADANI terus menambah hutang baharu. Menurutnya, apa yang meningkat sebenarnya ialah beban faedah hutang lama yang diwarisi daripada pentadbiran terdahulu.
“Hutang baharu kerajaan itu kurang. Saya sudah baca banyak kali iaitu hutang daripada RM100 bilion, turun kepada RM90 bilion, turun RM80 bilion, turun RM70 bilion. Itu yang kita lakukan.
Tetapi hutang keseluruhan dengan bunga (faedah), barulah dia berkembang. Jadi janganlah kata kerajaan sekarang (buat) hutang baharu. Tidak betul,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Negara.
Baca juga:
- Kerajaan mungkin pertimbang potong gaji menteri jika ekonomi semakin mencabar
- Isu aurat dalam tahanan: Muslimat PAS gesa penambahbaikan segera
- Kisah ‘Mahasiswa Abadi’: Tesis didakwa diambil rakan, Dessy kini alami tekanan mental
Fokus turunkan defisit fiskal
Anwar turut menegaskan, kerajaan pimpinannya berusaha keras mengawal kedudukan kewangan negara. Defisit fiskal berjaya diturunkan daripada 5.6 peratus kepada 4.1 peratus, dengan unjuran terus menyusut kepada 3.8 peratus tahun depan.
“Ini kerajaan MADANI yang pertama cuba menurunkan defisit fiskal dan hutang baharu walaupun ia menjadi polemik politik. Kalau tidak turunkan, hutang membengkak,” tegasnya.
Sasaran ekonomi 2030
Selain komitmen mengawal hutang, Anwar berkata kerajaan menyasarkan defisit fiskal diturunkan kepada tiga peratus dalam tempoh lima tahun, manakala paras hutang kekal di bawah 60 peratus KDNK.
Beliau turut mengumumkan sasaran Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita meningkat kepada RM77,200 pada 2030 sekali gus melepasi ambang negara berpendapatan tinggi. RMK13 juga memperkenalkan Reformasi Pengurusan Projek dan Fiskal bagi meminimumkan perbelanjaan tidak mendesak demi mencapai sasaran defisit di bawah tiga peratus menjelang 2030.
Sumber: Buletin TV3








