Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pelakon, Diana Danielle hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur untuk memfailkan permohonan cerai buat kali kedua terhadap suaminya, Farid Kamil.
Diana, berjubah hitam hadir bersama peguam, Datuk Akberdin Abdul Kadir memfailkan permohonan itu sejurus tiba di mahkamah pada jam 9.00 pagi tadi.
Memetik laporan dari Harian Metro, Diana memaklumkan tiada keperluan untuk memanjangkan proses penceraian dan menyerahkan apa yang berlaku kepada keputusan mahkamah.
“Saya harap yang terbaik untuk kami berdua. Saya berserah, sebab apa yang kita buat hanya merancang dan selebihnya kita tengok apa penghujungnya,” katanya.
Sementara itu, Akberdin memaklumkan permohonan itu dibuat susulan tiada persefahaman.
Sebelum ini, Diana telah memuat naik satu hantaran di media sosial mengumumkan akan memfailkan penceraian.
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.
Terdahulu, Diana dan Farid pernah bercerai talak satu pada 10 Ogos tahun lalu, namun rujuk semula pada 31 Ogos.
Sumber: Harian Metro








