Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Kunjungan seorang tetamu yang tidak diundang ke sebuah rumah semasa majlis kesyukuran di Kampung Tasek Berangan, Pasir Mas bertukar insiden yang tidak terjangka.
Menerusi perkongsian oleh Ameer Hakimi, pada mulanya wanita berkenaan mahu menumpang tandas di dalam rumah.
Namun, tidak disangka wanita berkenaan sempat melarikan wang tunai sebanyak RM2,500.
“Majlis Kesyukuran kakak ipar berubah suram. Aktiviti majlis perkahwinan tetamu tidak diundang mengambil harta bukan miliknya.
“Menyamar sebagai tetamu, tumpang tandas dan melarikan wang ringgit sebanyak RM2,500,” katanya.
Dalam hantaran di Facebook itu, Amer turut berkongsikan rakaman litar tertutup (CCTV) tindakan wanita itu yang secara bersahaja tanpa rasa takut mengambil beg tangan berwarna putih walaupun ketika itu ada tiga orang kanak-kanak sedang bermain di ruangan tersebut.
Amir turut meminta wanita berkenaan supaya memulangkan kembali wang tunai yang dicuri dan memohon jasa orang ramai untuk berkongsikan video tersebut.
“Pakat beringat. Boleh kongsi. Tolong letak semula bawah pintu tuan rumah dalam apa-apa cara untuk kembalikan harta tersebut,” katanya.








