Tesla turunkan harga Model 3 & Model Y sebanyak RM8,000! - The Reporter

Tesla turunkan harga Model 3 & Model Y sebanyak RM8,000!

Gambar hiasan, Tesla Model Y (A.I)

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Kereta Tesla semakin menjadi pilihan pengguna yang ingin menikmati teknologi kenderaan elektrik. Berbanding dengan kenderaan konvensional yang masih menggunakan petrol, Tesla menawarkan alternatif yang lebih bersih dan berinovasi.

Namun, harganya yang terlalu mahal telah menjadi halangan bagi ramai individu yang berimpian memiliki kereta Tesla.

Namun, Tesla baru-baru ini mengumumkan penurunan harga bagi dua model popular mereka, iaitu Model 3 dan Model Y. Penurunan harga sebanyak RM8,000 ini menjadikan kedua-dua kenderaan elektrik (EV) ini lebih berpatutan.

Bermula hari ini, Model 3 dan Model Y masing-masing dijual dengan harga dari RM181,000 dan RM191,000. Pengguna yang berminat boleh membuat tempahan melalui pusat pengalaman Tesla atau laman web rasmi syarikat.

Selain daripada penurunan harga, Tesla Malaysia juga memberikan beberapa insentif kepada pemilik kereta Tesla. Kenderaan Tesla layak mendapat pengecualian duti import dan eksais penuh, serta pengecualian cukai jalan 100 peratus.

Selain itu, pemilik kereta Tesla juga akan mendapat pelepasan cukai pendapatan sehingga RM2,500 untuk perbelanjaan berkaitan mengecas EV.

Dalam satu kenyataan, Tesla menegaskan komitmen mereka untuk memberikan pengalaman pemilikan yang komprehensif. Mereka menyediakan penyelesaian pengecasan yang lancar dan teknologi ‘Plug and Charge’ yang terbaik untuk memastikan pengalaman pengecasan Tesla adalah yang terbaik.

Sumber: Berita Harian

Total
0
Shares
Total
0
Share