'Terpaling silat' - Lelaki dewasa & 2 kanak-kanak dikecam buat pertunjukan silat di Masjid Nabawi - The Reporter

‘Terpaling silat’ – Lelaki dewasa & 2 kanak-kanak dikecam buat pertunjukan silat di Masjid Nabawi

Tular sebuah rakaman video yang memaparkan seorang lelaki dewasa bersama dua orang kanak-kanak lelaki mengadakan demonstrasi silat di perkarangan Masjid Nabawi.

Tindakan mereka mengundang kecaman ramai dan menyifatkan tidak menghormati tempat ibadah. Tindakan tersebut juga mengundang persoalan ramai kerana memilih lokasi berkenaan sedangkan banyak lagi lokasi lain yang boleh dijadikan sebagai tempat mereka melakukan pertunjukan.

Dalam pada itu, netizen turut menyatakan silat merupakan satu ilmu pertahanan diri yang mempunyai martabat tersendiri. Jika tindakan tersebut sekadar konten untuk meraih perhatian, maka seni silat itu dilihat rendah nilainya.

“Silat ni martabatnya tinggi, prinsipnya hebat. Tapi bila tengok macam ni, nampak semacam,” katanya.

Selain itu juga, tindakan mereka dilihat seperti mengganggu tumpuan ibadah umat Islam yang lain. Jika keadaan ini berterusan, ramai yang mula bimbang akan penguatkuasaan ketat yang bakal dibuat oleh kerajaan Arab Saudi.

“Semua demi content. Esok-esok kerajaan Arab Saudi ban orang Malaysia ke sana, dah susah semua orang,” katanya.

Menerusi video tular itu kelihatan pesilat berkenaan mengadakan demonstrasi silat sambil diperhatikan oleh orang ramai.

Sumber: Ustaz Faiz Fateh Al- Azhari

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!