Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Keindahan dan kecantikan kawasan semulajadi yang dikenali sebagai ‘Blue Lagoon’ di Bukit Wawasan Puchong menjadi tarikan ramai. Namun begitu, kawasan yang merupakan di bawah penyeldikan Universiti Putra Malaysia (UPM) itu merupakan kawasan larangan.
Bagaimanapun, individu yang dipercayai merupakan pelajar di universiti berkenaan meluahkan rasa kecewa apabila kawasan berkenaan telah diceroboh oleh orang ramai. Walaupun dikatakan papan tanda larangan telah diletakkan, namun ramai yang seolah tidak mengendahkan larangan tersebut.
“Tak selamat dah blue lagoon kami. Punya lah besar signboard “no entry” ada juga yang menceroboh. siapa yang menceroboh boleh kena denda RM10,000 tau. Tolonglah kesian dekat kami yang nak buat kajian dekat sekitar situ,” tulisnya.
Katanya lagi, dalam kawasan tersebut turut dijadikan laluan trek hiking walaupun salah disisi undang-undang kerana sudah masuk ke kawasan Hutan Simpan Selangor.
“Pihak perhutanan dan UPM tak terdaya nak menghalang aktiviti ni. Trek ke Air Terjun Hutan Simpan Ayer Hitam ini memang tidak dibenarkan masuk terutama “Blue Lagoon”. Melainkan penyelidik UPM sahaja. Jika di sabitkan kesalahan boleh didenda RM10,000.00 atau penjara 3 tahun,” katanya.
Menerusi hantaran lain, satu video yang memaparkan beberapa orang wanita sedang bermandi manda di kawasan air terjun Blue Laggon tersebut manakala seorang lelaki dengan bersahaja membasuh kasutnya di dalam air tersebut.
Tindakan mereka dikecam ramai kerana tidak mengendahkan peraturan yang ditetapkan. Malahan, menerusi ruangan komen ada yang seolah tidak berasa bersalah dengan tindakan mereka dan menyindir pihak yang menegurnya.
Sumber: Qayyum raub, haziqdanial