'Terima kasih Tuanku kerana datang ke Sabah, jalan raya sudah okay' - Rakyat Sabah luah rasa syukur & gembira YDPA, Permaisuri datang, jalan raya terus elok selepas 60 tahun tak dibaikpulih - The Reporter

‘Terima kasih Tuanku kerana datang ke Sabah, jalan raya sudah okay’ – Rakyat Sabah luah rasa syukur & gembira YDPA, Permaisuri datang, jalan raya terus elok selepas 60 tahun tak dibaikpulih

Sumber gambar: Orang Awam

Jalan raya merupakan satu perhubungan darat yang penting bagi memastikan kelancaran perjalanan. Walaupun sudah melalui arus modenisasi, masih lagi berlaku masalah jalan raya yang rosak dihadapi oleh masyarakat terutamanya di kawasan pedalaman.

Kunjungan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dan Raja Permaisuri Agong dalam Kembara Kenali Borneo baru-baru ini, seakan memberikan sinar baharu kepada penduduk Sabah.

Dalam kembara ini juga menyaksikan YDPA dan Permaisuri Agong dapat menyantuni rakyat dengan lebih mesra dan dekat.

Menerusi perkongsian di TikTok, dapat dilihat Raja Permaisuri Agong dikerumuni oleh rakyat yang teruja mahu bersalam dan mendekatinya. Di kesempatan itu juga digunakan oleh penduduk setempat untuk membuat aduan masalah telah lama berlarutan di kawasan mereka.

Melalui video yang dimuat naik orang awam, kelihatan Raja Permaisuri Agong mencatatkan aduan yang disuarakan oleh rakyat di pedalaman Sabah itu.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi video rasa bertuah dan bersyukur dengan kunjungan YDPA dan Permaisuri Agong menjadikan kemudahan asas, jalan raya di negeri Sabah semakin baik.

Rakaman video menunjukkan kerja-kerja pembaikan jalan sedang dilakukan dan jalan raya yang berpasir sudah diturap dengan tar.

“Terima kasih Tuanku kerana datang ke Sabah. Alhamdulilah jalan di Sabah sudah okay. Sudah 60 tahun tidak diperbaiki. Kalah kah Dubai sudah Sabah,” tulis netizen.

Sumber: TikTok Mohd Asmy, Kibott Navara

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!