Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Nama Amira Othman seakan mula tular di tahun 2025. Selain kisah mengenai lagu terbaharunya yang telah mula dilancarkan beberapa hari lalu, kisah beliau dan selebriti Fattah Amin juga berlegar di media sosial.
Kemunculan Amira dalam siaran langsung di Pak Mat Western bersama Fattah juga mengundang perhatian ramai, dan rata-ratanya seolah ‘menerima’ jika kedua-dua mereka disatukan.
Pun begitu, Amira menyatakan itu hanyalah sekadar konten atau gimik bagi publisti lagu baharunya yang berjudul Bila Nak Kahwin yang memaparkan Fattah sebagai pelakon dalam klip video berkenaan.
Klip video yang sudah meraih tontonan 247,000 itu dilihat telah menarik ramai pendengar. Namun ada yang mengatakan tarikan lagu berkenaan bukan pada konten yang dihasilkan, tetapi rentak lagu yang catchy dan kena dengan jiwa bagi golongan yang masih bujang.
Lirik lagu ini berkenaan pula seolah kena dengan situasi dan pengalaman yang dilalui oleh individu yang bujang, terutama sekali bagi mereka yang sudah melepasi umur di usia 30-an.
Gabungan elemen humor pula dalam lagu berkenaan membuatkan pendengar terhibur dan ternanti-nanti bait-bait ayat yang seterusnya.
Rata-rata terhibur dan turut memuji kelunakan suara Amira dalam mendendangkan lagu tersbeut.
“Terima kasih Amira, mewakili suara orang bujang yang kerap ditanya soalan ini,” kata netizen.