Sulong Chalil akhirnya ‘pulang’ ke habitat selamat | The Reporter

Sulong Chalil akhirnya ‘pulang’ ke habitat selamat

Gajah jantan Sulong Chalil dipindahkan ke Taman Negara Terengganu oleh PERHILITAN
Tangkap layar video TikTok Day Trip Tasik Kenyir memaparkan Sulong ketika tiba di habitat baharunya di Taman Negara Terengganu.

Kisah Sulong Chalil, seekor gajah jantan yang berkeliaran sendirian di sekitar Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli, akhirnya menemui penghujung apabila haiwan itu berjaya dipindahkan ke habitat hutan semula jadi yang lebih selamat.

Kehadiran Sulong sebelum ini menarik perhatian orang ramai selepas dia dilihat berjalan di bahu jalan dalam keadaan mengalami kecederaan pada kaki hadapan kanan.

Kisah mengenai Sulong turut dikongsikan di media sosial, termasuk keadaan gajah berkenaan yang dikatakan berjalan pada waktu siang dan malam sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatannya.

Bagaimanapun, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) memaklumkan pihaknya telah memantau rapi pergerakan serta keadaan fizikal Sulong sejak 17 Ogos lalu.

Menurut PERHILITAN, pergerakan Sulong secara bersendirian bukan sesuatu yang luar biasa kerana dia merupakan gajah jantan dewasa. Keadaan itu juga bukan petanda bahawa haiwan berkenaan terpisah daripada kumpulan atau sedang mencari keluarganya.

Baca juga:
@daytriptasikkenyir

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Proses permindahan Sulong. Bertemankan adik2 comel Cherry n Rambai. Terima kasih Perhilitan ats usaha pemindahan Sulong. Selamat Datang ke Negeri Bahagia. Jaga dri baik2 ye #sulongchalil

♬ bunyi asal – شاه_٠٢🌾 – شاه_٠٢🌾

Selepas menilai aspek keselamatan, lokasi dan tahap kesihatan Sulong, operasi menangkap semula berjaya dilaksanakan pada 30 Ogos 2026 di kawasan JRTB, Gerik, Perak.

Proses pemindahan pula dijalankan pada 1 September dengan sokongan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta bantuan dua ekor gajah denak, Rambai dan Cheri.

Sepanjang operasi, Sulong menerima pemantauan dan rawatan veterinar, manakala kecederaan pada kaki kanannya menunjukkan perkembangan positif. Rawatan susulan akan diteruskan berdasarkan penilaian Pegawai Veterinar.

Pada Rabu, Sulong dipindahkan ke Taman Negara Terengganu melalui pintu masuk Tasik Kenyir, iaitu kawasan habitat hutan semula jadi yang sesuai untuk gajah liar.

Menurut PERHILITAN, pemindahan itu bertujuan menyediakan persekitaran lebih selamat kepada Sulong selain mengurangkan risiko konflik dengan manusia dan kemalangan jalan raya.

PERHILITAN turut menegaskan kebajikan Sulong serta keselamatan orang awam dan anggota operasi sentiasa menjadi keutamaan, dengan setiap tindakan dibuat berdasarkan penilaian keadaan di lapangan bagi meminimumkan risiko kepada semua pihak.

Related Posts