'Terima kasih Go Shop kerana bahagiakan arwah mak saya' - Ramai berkongsi momen gelagat ibu-ibu membeli di Go Shop - The Reporter

‘Terima kasih Go Shop kerana bahagiakan arwah mak saya’ – Ramai berkongsi momen gelagat ibu-ibu membeli di Go Shop

Baru-baru ini Astro Malaysia Holdings Bhd (AMH) dalam satu kenyataan mengumumkan pengendali Go Shop, Astro GS Shop Sdn Bhd (AGSS), bakal menghentikan sepenuhnya operasi perniagaan mereka pada 11 Oktober ini.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan landskap ekonomi yang mencabar dan perubahan tingkah laku beli-belah pengguna secara keseluruhan.

Selain itu ia berkata, ia juga merupakan sebahagian daripada strategik penjajaran semula yang sedang dijalankan oleh Astro, termasuk pelaksanaan langkah-langkah utama penjimatan kos.

Astro GS Shop Sdn Bhd, merupakan anak syarikat AMH melalui Astro Retail Ventures Sdn Bhd (ARV), dan rakan usaha sama dari Korea, GS Retail Co Ltd (GSR), dengan masing-masing memegang 60-40 kepentingan ekuiti.

Netizen raikan penderitaan orang lain

Susulan daripada pengumuman itu, bermacam-macam komen dan persepsi yang diberikan oleh netizen sehingga meninggalkan kesan kepada pekerja Astro Go Shop.

Sikap dan tindakan netizen yang meninggalkan komen negatif atas musibah yang dilalui oleh pekerja Astro Go Shop juga telah menarik perhatian media lain yang kecewa dengan tindakan sesetengah netizen yang seolah-olah meraikan penderitaan orang lain.

Melalui hantaran di TikTok milik pekerja Astro Go Shop yang dikenali sebagai Lily, dia tidak menyangka melalui situasi sebegini.

https://www.tiktok.com/@lilydianaloli/video/7286063973282204946?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7275542551401678338

“Percaturan Allah itu tak pernah salah kan. Bukan tak menerima tapi terkejut. Didn’t expect the notice will be this short.

“Terbaca macam-macam harsh comments from netizen in socmed which hurt us a lot. As a person who work in media line, please think twice or banyak kali before u leave comments .Lets just pray for each other,” tulisnya.

Banyak kenangan pelanggan dengan Go Shop

Namun begitu,ramai yang berkongsikan momen-momen ketika mereka membeli barangan di Go Shop. Kata mereka, ibu mereka antara orang yang bersungguh-sungguh meminta anak-anak menguruskan pembelian di Go Shop.

“Teringat mak call aku waktu Subuh, macam urgent sangat. Rupanya suruh beli barang kat Go Shop. Sekarang mak dah tak ada, Go Shop pun dah tak ada. Terima kasih kerana bahagiakan mak saya,” kata netizen.

“Arwah mak saya banyak beli barang dengan Go Shop. Hari-hari tengok lepas tu screenshot bagi kat saya. Mak dah meninggal, sekarang Go Shop pula nak stop,” kongsi NR.

@lilydianaloli

Our last meeting together between producers & host as well as our COO oppa from Korea. #5daystogo #goshop #goshopmalaysia #astro #astrogoshop #countingdays

♬ Puisi Sedih Menyentuh Hati (Instrumen) – Pianoku

Selain daripada itu, ada juga yang berkongsikan rancangan tersebut sudah menjadi rancangan kegemaran ibunya dan ada juga yang kongsikan rancangan itu menjadi tontonan harian datuknya.

“Lepas ni mak saya nak tengok apa. Mak saya hidap dementia. Dia teruja sangat tengok Go Shop. Hari-hari Go Shop walaupun tak beli,” kata Deeya.

“Astro Go Shop banyak gembirakan arwah Atok saya. Dia bed ridden, memang seharian hobi tengok Go Shop,” kongsi netizen lain.

Semoga setiap kegembiraan yang terpancar dalam jiwa penonton Go Shop sebelumnya menjadi asbab segala urusan pekerja-pekerja yang menerima musibah dipermudahkan.

Sumber: Astro Awani, TikTok Lily Diana, Anna Al-Juffrey

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!