'Terima kasih atas segala kenangan, Malaysia selalu menjadi rumah ke-2 saya' - Kontrak Hendrawan bersama BAM tak disambung - The Reporter

‘Terima kasih atas segala kenangan, Malaysia selalu menjadi rumah ke-2 saya’ – Kontrak Hendrawan bersama BAM tak disambung

Sumber Gambar: Badminton photo,BAM

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan kontrak jurulatih perseorangan lelaki, Hendrawan, tidak akan disambung.

Hendrawan yang bakal tamat kontrak pada hujung tahun ini telah menyumbang jasanya dalam sukan badminton di Malaysia selama 15 tahun.

Dalam pada itu, Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky berkata jurulatih berusia 52 tahun itu dimaklumkan perkara tersebut dalam pertemuan semalam.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada Hendrawan kerana dia sudah menyumbang kepada BAM selama 15 tahun.

“Beliau juga bantu BAM untuk dapat pingat perak di temasya Olimpik dan pernah bawa Lee Zii Jia jadi juara,” katanya.

Sementara itu menerusi hantaran di Instagram, Hendrawan menzahirkan penghargaan kepada BAM diatas pengalaman yang diperoleh ketika berada di sini.

Kisah mengenai Hendrawan mengingatkan netizen pada jasa yang dibuat oleh beliau semasa aksi Kumpulan D acara berpasukan campuran di Sukan Komanwel Birmingham dua tahun lalu.

Hendrawan telah memberikan kasutnya kepada pemain Jamaica, Samuel Ricketts apabila melihat kasut pemain itu koyak.

Katanya, dia tidak sanggup melihat pemain itu berhenti bertarung kerana kasut terkoyak.

Ujarnya, dari situ dia dapat lihat ada perkara yang lebih besar dari sebuah pertandingan, iaitu kasih sayang, hormat dan kemanusiaan.

Sumber: Berita Harian,BAM

Total
0
Shares
Total
0
Share