'Tengah meniaga, ada yang tanya sambal petai tu halal ke?' - Ali Puteh kesal ada netizen yang pertikaikan status halal produknya - The Reporter

‘Tengah meniaga, ada yang tanya sambal petai tu halal ke?’ – Ali Puteh kesal ada netizen yang pertikaikan status halal produknya

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Bergelar seorang selebriti bukanlah mudah seperti yang disangkakan. Pelbagai kecaman yang perlu ditelan walaupun perkara kebaikan sudah terbentang di depan mata.

Situasi ini juga mendorong seorang pelawak Ali Puteh tidak mengambil serius dengan kecaman yang ditujukan kepadanya. Apatah lagi dia kini mengusahakan perniagaan sambal petai yang diprosesnya sendiri.

Namun begitu, dia juga meluahkan rasa sedih apabila ada netizen yang mempertikaikan status halal perniagaan yang dijalankannya.

“Tiga tahun saya kena kecam itu biasa. Tapi yang paling teruk bila saya tengah meniaga ada yang tanya sambal petai tu halal ke?

“Kenapa perlu cakap macam tu? Sedangkan saya hanya meniaga sambal saja dan bahan digunakan pun semuanya cili dan bawang saja.

“Saya orang Melayu, kenapa perlu pertikaikan halal atau tidak,” katanya.

Walau bagaimanapun, dia tidak mengambil serius persoalan itu dan menganggap hanya sebagai satu gurauan.

“Saya anggap dia bergurau saja la dan ada juga yang bertanya kemudian saya menjawab sambal tu haram. Itu cara saya bergurau kembali dengan dia. Sambal ini saya masak sendiri, semuanya saya buat sendiri,” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Ali turut berkongsikan perniagaannya itu sudah mendapat permintaan yang tinggi dan maklum balas yang baik dari pembeli.

Sumber: mStar Online

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!