Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Program team building sering dianggap sebagai salah satu inisiatif penting dalam sesebuah organisasi untuk membina semangat kerja berpasukan, mengukuhkan komunikasi, serta mewujudkan kepercayaan antara rakan sekerja.
Ia biasanya dianjurkan di luar waktu bekerja, dengan harapan dapat mencipta suasana lebih mesra dan produktif dalam kalangan kakitangan.
Baca juga:
- Pelajar tingkatan tiga maut selepas pamer aksi wheelie
- Lelaki ditemui maut dalam stor berkunci di fasiliti sukan UPSI
- ‘Tiada sekatan MyKad bagi BUDI95 selagi patuh undang-undang’ – JPN
Namun begitu, tidak semua bersetuju dengan pendekatan ini.
Sebuah video TikTok yang tular baru-baru ini mencetuskan kontroversi apabila menyindir program team building sebagai ‘tidak berfaedah’ dan mendakwa ia menjadi ruang kepada pekerja yang sudah berkahwin untuk ‘menggatal’.
Klip tersebut turut menyelar penganjuran program pada hujung minggu yang disifatkan membebankan, tidak memberi manfaat kepada syarikat dan sekadar membazir masa.
Ramai anggap membazir masa dan wang syarikat
Tinjauan terhadap reaksi netizen mendapati ramai berkongsi rasa kurang senang terhadap penganjuran program team building, terutama apabila aktiviti tersebut dianggap tidak selari dengan keperluan kerja sebenar. Ada yang menganggap ia sekadar acara ‘syok sendiri’ yang tidak membawa perubahan ketara terhadap prestasi atau kerjasama dalam organisasi.

Beberapa pengalaman negatif turut diluahkan, antaranya tekanan kepada staf introvert, perbelanjaan yang tinggi tanpa pulangan yang setimpal, serta ketidakselesaan berkongsi bilik atau menyertai aktiviti luar yang tidak diminati. Malah, terdapat kebimbangan berkenaan batas pergaulan dalam kalangan staf sepanjang program berlangsung, yang menurut mereka wajar dikawal secara lebih serius.
Ada juga pertahankan manfaat sebenar team building
Sebaliknya, terdapat juga kumpulan netizen yang mempertahankan manfaat program team building. Mereka berpendapat, jika dilaksanakan dengan objektif yang jelas, ia mampu menjadi platform positif untuk memperkukuh hubungan antara jabatan, mengenali polisi organisasi dan membina keyakinan staf terutama dalam kalangan pekerja baharu.

Mereka menegaskan, isu ketidakselesaan atau gangguan sosial bukan berpunca daripada program itu sendiri, sebaliknya bergantung kepada sikap individu serta ketegasan organisasi dalam mengawal perlakuan yang tidak profesional.
Sumber: TikTok @planktontree











