Tealive mohon maaf berhubung isu kebocoran data pelanggan | The Reporter

Tealive mohon maaf berhubung isu kebocoran data pelanggan

Tealive membuat permohonan maaf susulan dakwaan maklumat pelanggan bocor.
Gambar: Tealive

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Jenama minuman tempatan, Tealive mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada salah seorang pelanggannya susulan pendedahan tidak sengaja maklumat peribadi dalam satu proses maklum balas pelanggan yang melibatkan salah satu cawangannya.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak pengurusan Tealive, mereka mengakui telah dimaklumkan tentang satu situasi yang melibatkan seorang pelanggan yang memberikan maklum balas terhadap pengalaman perkhidmatannya di salah sebuah outlet Tealive.

Mengikut prosedur, kes tersebut telah diserahkan kepada Pengurus Kawasan untuk tindakan lanjut. Bagaimanapun, dalam proses tersebut, tangkap layar maklum balas pelanggan yang mengandungi maklumat peribadi telah dikongsikan secara tidak sengaja kepada pasukan outlet berkenaan.

“Seorang kakitangan kemudiannya telah menghubungi pelanggan tersebut secara terus. Tindakan ini adalah satu pelanggaran terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) kami dan tidak mencerminkan nilai yang kami pegang sebagai jenama,” jelas kenyataan itu.

Baca juga:

Tealive menegaskan bahawa mereka sentiasa menghargai maklum balas pelanggan kerana ia memainkan peranan penting dalam menambah baik mutu perkhidmatan. Justeru, insiden ini amat dikesali meskipun disifatkan sebagai kes terpencil.

“Kami ingin memberi jaminan bahawa kami komited untuk melindungi data peribadi pelanggan dan memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang dan peraturan yang berkaitan,” katanya lagi.

Tealive turut memaklumkan bahawa mereka telah menghubungi pelanggan terbabit secara peribadi untuk menyampaikan permohonan maaf secara langsung, dan kini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

Susulan insiden ini, Tealive telah mengambil inisiatif melaksanakan tiga langkah segera iaitu dengan menjalankan semakan serta-merta dan memperkukuh prosedur dalaman untuk mencegah kejadian serupa, melaksanakan latihan berterusan kepada semua kakitangan bagi menekankan kepentingan privasi dan penjagaan pelanggan.

Selain itu, satu siasatan menyeluruh akan dijalankan terhadap semua pihak yang terlibat, dan tindakan tatatertib akan diambil jika perlu.

@yes_iman

⚠️Tealive tolong jawab!! Kenapa bocorkan data peribadi customer dekat orang??? Semalam aku ke Tealive NU Sentral. And pekerja dia memang tak professional. Bermain, bercakap sesama sendiri depan customer! And they don’t even follow the SOP. Dah tegur depan-depan, and dah buat report dekat HQ Tealive. Tapi harini kenapa ada sorang perempuan ni boleh whatsapp aku and dia forward report yang aku buat dekat Tealive. And dia marah aku??? @Tealive Asia Memang tak pandai jaga privacy customer ke?

♬ original sound – Iman Kamil – Iman Kamil

Terdahulu, tular di media sosial mengenai luahan seorang lelaki yang mendakwa maklumat peribadinya telah dibocorkan selepas beliau membuat aduan kepada pihak Tealive.

Related Posts