'Tak tahu pula orang Melayu pun ada budaya melutut, minta maaf' - Michael Ang | The Reporter

‘Tak tahu pula orang Melayu pun ada budaya melutut, minta maaf’ – Michael Ang

Amalan melutut, atau dikenali juga sebagai ‘kowtow’, adalah sebahagian daripada budaya tradisional bangsa Cina yang penuh dengan simbolik dan makna. Ia biasanya dilakukan semasa upacara keagamaan, perayaan, dan acara keluarga penting seperti perkahwinan. Melalui amalan ini, seseorang menunjukkan rasa hormat dan taat setia kepada orang yang lebih tua, dewa, atau roh nenek moyang.

Sejak semalam, isu melutut menjadi perbualan hangat media sosial selepas isteri kepada seorang penyanyi menuntut lelaki yang menghina bayi mereka yang baru lahir, untuk melutut dan memohon maaf.

Pengarah yang juga pelakon, Michael Ang, turut memberi pandangannya mengenai isu tersebut.

“Tak tahulah ya, sebab kita ni baru saja (masuk) Islam. Setahu I, budaya melutut, minta maaf dan ampun ini adalah practice orang Cina. Dalam Cina, ini satu cara menghukum orang buat salah.”

Beliau turut berkongsi pengalaman peribadi di mana beliau pernah melutut di depan patung Tuhan Cina sebagai hukuman kerana mencuri dan menipu semasa kecil.

Namun, beliau juga menambah, “Tak tahu pula orang Melayu pun ada budaya melutut dan minta maaf.”

Dalam masa yang sama, Michael menyarankan hal sedemikian tidak perlu dipaparkan di media sosial dan menyarankan agar muka pelaku dikaburkan.

“Orang minta maaf, kita terima kalau nak terima. Kalau tak nak terima, tak perlulah orang tu melutut ke apa. Entah-entah maaf tu pun tak ikhlas, buat dan cakap minta maaf sebab takut kena maki dan hentam,” katanya.

Related Posts