'Tak sedap, harga rasa macam bayar installment rumah' - Wanita kecewa dengan harga kedai makan di Port Dickson - The Reporter

‘Tak sedap, harga rasa macam bayar installment rumah’ – Wanita kecewa dengan harga kedai makan di Port Dickson

Sumber Gambar: X minaazaini

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa kerana tidak berpuas hati dengan rasa dan harga makanan di sebuah restoran di Port Dickson, Negeri Sembilan.

Dalam hantaran di jaringan X, wanita berkenaan telah memesan beberapa menu makanan seperti ikan pari bakar, kerang bakar, siakap stim dan sotong goreng tepung.

“Pari bakar, bayar RM93.50 untuk pari bakar saiz “medium” yang overcooked, hangus, dan keras macam cangkerang kereta kebal. Kalau ikan fresh, bakar elok, I takdela berkira. Sambal bakar? Sumpah bland, macam sapu air sirap je kat ikan. Baik tak payah letak.

“Kerang bakar, dua pinggan RM63.75, tapi nak panggil ni kerang bakar pun malu,” katanya.

Selain daripada harga dan rasa, wanita ini juga tidak berpuas hati dengan servis restoran berkenaan.

Katanya, dia telah mengadu perkara berkenaan kepada pekerja di restoran itu, namun jawapan yang diberikan tidak memuaskan hatinya.

Dalam pada itu, individu berkenaan juga mempersoalkan tentang ayat ‘depo’ yang ditulis dalam resit yang diberikan.

“Resit dia pulak penuh dengan “depo depo depo.” Apa ni? Pening. Rasa nak print resit sendiri lagi clear. Siapa nak report kat KPDNKK, ajak I sekali,” katanya.

Susulan itu juga, ramai yang meminta wanita berkenaan untuk terus membuat aduan kepada KPDNKK.

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!