Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang juruwang wanita berusia 25 tahun menjadi mangsa keganasan pelanggan yang tidak berpuas hati kerana terpaksa menunggu lama.
Mangsa, yang bekerja sebagai juruwang di pasar raya tersebut, telah membuat laporan polis pada 9 Mac, mendakwa dia telah ditumbuk oleh suspek sehingga mengalami bengkak dan sakit di bahagian bawah mata kiri.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, suspek juga telah membuat laporan polis sehari selepas kejadian, untuk siasatan lanjut.
Berdasarkan keterangan mangsa, kejadian berlaku semasa suspek ingin memulangkan barang yang telah dibeli.
Mangsa meminta suspek menunggu kerana proses pembatalan pembelian memerlukan masa kerana barangan tersebut telah dimasukkan ke dalam sistem dan memerlukan kakitangan atasan untuk membatalkan pembelian tersebut.
Malangnya, suspek tidak berpuas hati kerana terpaksa menunggu lama telah memarahi dan memukul muka mangsa dengan tangannya sebelum meninggalkan premis tersebut.
Kes itu ini kini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih setahun atau denda tidak lebih RM2,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Sumber: Malaysia Gazette








