Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita yang merupakan seorang juruwang di kedai Mr Dollar mengalami kecederaan bengkak di mukanya setelah ditumbuk oleh seorang wanita yang merupakan pelanggan di kedai tersebut.
Dakwanya, wanita tersebut bertindak demikian kerana juruwang berkenaan tidak dapat membatalkan pembelian coklat. Katanya, pelaku telah membeli satu kotak coklat yang berharga RM5.00,namun didapati dalam bakul tersebut ada dua kotak.

“Saya sebagai cashier tak boleh cancelkan barang customer sesuka hati sebab tak ada id untuk cancel. Saya scan apa saja barang dalam bakul. Bila dah scan, dia nak cancelkan coklat tu nak ambik 1 je.
“Saya dah terangkan kalau nak cancel kena cancel dua-dua sekali. Incharge yang akan cancelkan, jadi kena ambik masa yang lama,” katanya.
Menurut mangsa, apabila dia berhubung dengan staff yang bertugas ketika itu, mengambil masa yang lama membuatkan si pelaku mula marah dan menggunakan bahasa yang kasar. Selepas itu, pelaku memanggil suaminya masuk ke dalam kedai dan menuduhnya bertindak kurang ajar.
Serentak dengan itu juga, pelaku telah bertindak menumbuk mukanya.

Susulan itu, mangsa yang sedang hamil membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.
“Report dah dibuat, tunggu tindakan dari polis je. Maruah aku tercalar ya sebagai seorang cashier bila customer buat macam ni depan ramai orang sedangkan itu salah sendiri. Kalau setakat gaduh mulut, boleh terima lagi,” katanya.

Sumber: Zuriani Mahmood








