Satu video tular di media sosial memaparkan insiden pergaduhan yang melibatkan sekumpulan lelaki di sebuah restoran Jalan Pandan Indah, malam tadi.
Kejadian yang dipercayai berlaku pada jam 10 malam itu menunjukkan dua kumpulan dipercayai berkumpul berdekatan kedai sebelum berlakunya pergaduhan.
Menerusi rakaman video, menujukkan beberapa individu bertindak membaling kerusi, memukul dan menendang sesama mereka.
Insiden itu turut disaksikan oleh orang ramai yang sedang menjamu selera di situ. Beberapa pelanggan juga dilihat beredar dari meja dan membawa makanan dan minuman mereka bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Memetik laporan dari Buletin Utama, motif kejadian dikatakan adalah kerana gara-gara saling menyindir di media sosial.
“Menurut sumber, kejadian dipercayai berpunca daripada sindiran di media sosial mengenai rancangan menggabungkan dua kumpulan kelab motosikal.
“Mereka dikatakan tidak puas hati lalu mengadakan pertemuan di restoran itu sebelum berlakunya pergaduhan.
“Setakat ini, polis telah menahan lapan individu berusia antara 19 hingga 33 tahun yang disyaki terbabit pergaduhan,” katanya.
Beberapa suspek yang masih bebas juga sedang giat dikesan polis.
Sumber: Buletin Utama








