Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Kini tampil berhijab, penampilan terbaharu daripada selebriti terkenal, Nora Danish menjadi perhatian ramai.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram beliau, kelihatan Nora tampil manis dengan berhijab.
Rata-rata memuji dengan penampilan Nora yang dilihat lebih tampak muda dan ‘fresh’.
Memetik satu laporan, Nora berkata dia risau untuk menguar-uarkan penampilannya, namun meminta doa agar dia kekal istiqamah.
“Doakan saya kekal istiqamah dengan imej terbaharu ini. Saya rasa lebih tenang dan selesa dengan imej sekarang (bertudung).
“Saya takut nak beritahu sudah bertudung sepenuhnya, sebab saya juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada ujian dan dugaan Allah SWT.
“Apa yang mampu saya kongsikan, doakan yang baik-baik dan semoga perubahan ini memberi kemanisan dalam hidup saya,” katanya.
Jelasnya lagi, keputusan untuk berhijrah itu bukan atas desakan atau paksaan sesiapa.
“Saya buat keputusan ini tanpa desakan atau paksaan sesiapa. Saya sendiri yang memilih untuk berhijab kerana usia saya pun bukan muda lagi.
“Saya percaya setiap wanita yang belum berhijab pun pasti ada keinginan yang sama,” katanya.
Sumber: Instagram Nora Danish, Harian Metro