Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Dunia hiburan hari ini dikejutkan dengan penularan mesej dan gambar pelakon Bella Astillah yang kelihatan rapat dengan pelakon BBNU, mengundang pelbagai reaksi netizen sehingga ada yang mendakwanya curang.
Namun, Bella tampil mendedahkan dia berbuat demikian semata-mata untuk mendapatkan perhatian suaminya, Aliff Aziz, yang ketika itu sedang curang dengan dua wanita lain.
Pempengaruh dan juga penyanyi, Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, berpendapat, apa jua alasan yang diberikan, perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan.
Menurut Caprice, perbuatan tersebut adalah salah apatah lagi jika seseorang itu masih berstatuskan isteri/suami orang.
“Secara general, kepada kaum lelaki dan perempuan kat luar sana. Tak kisahlah berapa kali korang curang, dua kali ke, tiga kali ke, 10 kali ke, 30 kali ke, kalau korang masih ada status suami atau isteri orang, kalau korang curang benda itu tetap salah. Salah tetap salah!
“Tak kisahlah apa hang punya alasan, salah tetap salah! Dan siapa-siapa yang nak ambil side (memihak) perempuan ke, lelaki ke, korang semua tak faham apa hukum dalam Islam apabila curang walaupun status masih berkahwin,” katanya.
Terdahulu Bella mendedahkan kepada media bahawa Aliff telah curang sebanyak 11 kali, termasuk dengan adik perempuannya, Eriqa Astillah.