'Tak apa kalau artis bawak Myvi' - Zarina Anjoulie dedah ada artis pinjam Ah Long untuk hidup mewah - The Reporter

‘Tak apa kalau artis bawak Myvi’ – Zarina Anjoulie dedah ada artis pinjam Ah Long untuk hidup mewah

Sumber Gambar: Instagram Zarina Anjoulie

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Pempengaruh dan selebriti seringkali dilabel sebagai individu yang kaya raya dan mewah. Dengan hanya melihat cara hidup dan pemakaian mereka, peminat di luar sana terus menyangkakan golongan selebriti mempunyai status kehidupan yang lebih baik.

Namun begitu, perkara sebaliknya yang didedahkan oleh selebriti Zarina Anjoulie menerusi satu temu bual bersama Elly Mazlein.

“Ramai artis dekat Malaysia ni nak tunjuk benda yang tak ada. Tak mengapa, saya pun tak kaya, ada masa saya pun tak ada duit. Tak mengapa sebab realitinya artis kita memang banyak tak buat duit.

https://www.tiktok.com/@astrogempak/video/7376823929844927745

“Banyak artis yang nak tunjuk mereka kaya tapi saya tahu berapa ramai yang bankrap.

“So, secara tak langsung pengikut mereka terikut-ikut dengan cara hidup macam tu. Sanggup hutang Ah Long untuk kemewahan,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina Anjoulie atau lebih dikenali sebagai Anju juga mendedahkan ada kalangan artis yang bertindak meminjam wang daripada Ah Long.

“Kenapa nak jadi macam mereka? Tak mengapa kalau awak artis bawa Myvi. Banyak saya nampak pengikut di media sosial, mereka cuba nak jadi macam tu,” ujarnya.

Sumber: Astro Gempak

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!