Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sering menjadi perhatian umum bukan sahaja berkenaan isu perundangan yang melibatkan dirinya, malah kisah peribadinya yang dikaitkan dengan selebriti Bella Astillah turut menjadi sorotan netizen.
Walaupun tidak pernah mengesahkan secara terbuka status hubungan mereka, ramai peminat seolah-olah dapat meneka sejauh mana keakraban antara Syed Saddiq dan Bella.
Baca juga:
- Nash alami serangan jantung, 80 peratus saluran tersumbat
- Siti Nurhaliza terlibat kemalangan, sahkan tiada kecederaan serius
- Anak Norish Karman sebak terima puluhan ribu sebagai gaji daripada Aliff Syukri
Terbaharu, menerusi satu hantaran video di TikTok, Syed Saddiq dilihat mengajukan soalan kepada pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, berkaitan isu sekufu dalam perkahwinan sesuatu yang dilihat seolah-olah ada kaitan dengan kisah peribadinya.
Dalam video berkenaan Syed Saddiq bertanyakan jika perkahwinan sesebuah keluarga akan lebih afdal sekiranya berkahwin dengan keturunan yang sama seperti Syed dan Sharifah.
“Adakah perkahwinan itu lebih afdal jika sama keturunan? Tapi sefaham saya, selagi orang itu beragama Islam, baik dan tidak salah dari sudut hukum Islam,” katanya.
Sekufu dalam perkahwinan
Menjawab pertanyaan itu, Ustaz Azhar menjelaskan bahawa dalam Islam, wujud satu bab mengenai kesepadanan atau sekufu dalam perkahwinan.
“Dalam ajaran Islam, seorang bapa tidak boleh memaksa anak perempuannya berkahwin dengan seseorang yang tidak sepadan dengannya. Jika pengantin perempuan setuju, maka sah. Jika tidak setuju, maka tidak sah perkahwinan itu.
“Dalam kes Syed dan Sharifah, perkahwinan antara lelaki Syed dan wanita bukan Sharifah hukumnya harus dan tidak menjadi isu besar dalam kalangan ulama.
“Yang menjadi perselisihan ialah apabila wanita Sharifah berkahwin dengan lelaki bukan Syed. Jika Sharifah itu setuju, perkahwinan itu sah walaupun ada perbezaan pendapat dalam kalangan ulama. Jika tidak setuju, maka bapa tidak boleh mengahwinkannya secara paksa kerana tidak sekufu. Namun, bila wujud khilaf dalam kalangan ulama, hukumnya jadi luas. Maka perkara yang luas tidak perlu disempitkan,” katanya.
Di akhir video berkenaan juga, Ustaz Azhar sempat mengusik Syed Saddiq dengan pertanyaan status bakal isterinya. Syed Saddiq hanya tersenyum malu mendengar pertanyaan tersebut.











