Syed Saddiq berkongsi momen jumpa UAI, terima nasihat tentang kehidupan & politik | The Reporter

Syed Saddiq berkongsi momen jumpa UAI, terima nasihat tentang kehidupan & politik

Ustaz Azhar Idrus dan Syed Saddiq
Ustaz Azhar Idrus memberikan nasihat tentang kehidupan dan kekeluargaan kepada Syed Saddiq. Gambar: Instagram Syed Saddiq

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila berkongsi momen pertemuan beliau dengan penceramah tersohor, Ustaz Azhar Idrus (UAI).

Menerusi hantaran terbaharu di TikTok, Syed Saddiq memuat naik rakaman perbualan mereka yang bukan sahaja menyentuh soal politik, tetapi juga kehidupan berkeluarga dan cabaran sebagai pemimpin muda.

Menariknya, UAI turut berseloroh mengenai isterinya yang dikatakan tidak lagi memasak sejak mengenali Syed Saddiq.

“Sejak dia kenal awak, dah dua tahun dia tak masak,” ujar UAI bersahaja, mencuit hati ramai pengikut di media sosial.

Dalam sesi tersebut, UAI turut mengingatkan tentang batas-batas kuasa dalam politik, dengan menyatakan bahawa menyalahgunakan kuasa untuk menindas hak individu adalah haram.

“Kalau hak itu merupakan hak individu, kita potong, hukumnya haram,” jelas beliau.

Syed Saddiq turut berkongsi nasihat UAI yang menyentuh tentang kepentingan keluarga dan ketabahan menghadapi dugaan:

“Kebahagiaan bukan pada harta. Tapi pada keluarga. Jaga mereka. Sayangi mereka. Jangan abaikan.

“Fitnah datang bertubi-tubi. Jangan goyah. Jangan lemah. Tetap cekal. Tetap tenang,” katanya.

Penampilan dan pendekatan baharu Syed Saddiq yang lebih matang serta mesra rakyat kini dilihat semakin mendapat tempat di hati masyarakat, lebih-lebih lagi apabila beliau sering tampil dalam acara bersama selebriti popular seperti Bella Astillah.

Related Posts