'Syarikat perkapalan Israel perlu urus keluar 4,000 kontena kargo transit yang terkandas' - Anthony Loke - The Reporter

‘Syarikat perkapalan Israel perlu urus keluar 4,000 kontena kargo transit yang terkandas’ – Anthony Loke

Kerajaan baru-baru ini memutuskan untuk menyekat dan tidak membenarkan syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan Malaysia.

Langkah yang dianggap berani itu disambut baik oleh ramai pihak.

Susulan daripada kenyataan itu, syarikat perkapalan berpangkalan di Israel, ZIM perlu mengurus keluar sebanyak 4,000 buah kontena kargo transit (transhipment) yang terkandas di negara ini terutama di Pelabuhan Klang dalam tempoh terdekat.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ZIM harus menghubungi syarikat perkapalan lain bagi proses mengurus keluar kontena-kontena berkenaan.

“Yang kita tahu setakat ini ada 4,000 kontena yang masih terkandas di Port Klang khususnya di Westport. Kontena tersebut patut dikeluarkan melalui syarikat perkapalan (ZIM).

“Apabila kita ambil tindakan (sekatan), syarikat perkapalan ini perlu menghubungi syarikat perkapalan lain untuk angkut keluar kontena-kontena ini dalam masa terdekat untuk destinasi seterusnya,” katanya.

Sumber: Kosmo

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!