Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.
Rata-rata kini masyarakat sering berkongsikan kisah hidup, keluarga dan anak-anak di media sosial.
Namun, penceramah bebas terkenal, Syamsul Debat mengingatkan tiga perkara yang perlu dihindarkan dari berkongsi di media sosial bagi mengelakkan terkena penyakit ain.
Katanya, tidak semua individu yang gemar melihat kejayaan dan kebahagiaan kita.
“Jangan kongsikan kebahagiaan sebab bukan semua orang bahagia melihat kebahagiaan kita,” katanya.
Beliau juga mengingatkan supaya tidak berkongsikan harta benda buat tatapan umum di media sosial. Katanya, akan menimbulkan perasaan cemburu orang lain dan juga mengundang kata-kata yang tidak sepatutnya.
Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berkongsikan tentang keluarga. Kongsinya juga, di Yaman, anak-anak yang baru dilahirkan ditulis di atas dahi perkataan Allah atau Subhanallah dan pakai celak supaya orang yang melihat bayi itu akan teringatkan Allah dahulu.
“Di negara Arab juga nampak kereta buruk, sengaja diketuk biar remuk sebab takut ada orang sakit mata tengok kereta dia berkilat,”katanya.
Justeru itu, dia meminta agar masyarakat berhati-hati sebelum memuat naik apa-apa hantaran.