Suspek pukul anak teman wanita sehingga lebam di muka & badan, punyai 13 rekod jenayah, dadah - The Reporter

Suspek pukul anak teman wanita sehingga lebam di muka & badan, punyai 13 rekod jenayah, dadah

Siasatan polis mendapati, suspek dera anak teman wanitanya sehingga lebam di muka dan seluruh badan mempunyai 13 rekod jenayah

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Polis mendedahkan, suspek yang mendera anak teman wanitanya seperti yang ditularkan di media sosial semalam, rupa-rupanya mempunyai 13 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, lapor Harian Metro.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zin berkata, suspek berusia 31 tahun itu mempunyai lima kes dadah dan lapan kes jenayah.

Keputusan ujian saringan air kencing suspek juga menunjukkan lelaki positif dadah. Ekoran itu, suspek direman selama tujuh hari sehingga 15 Jun depan untuk siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan 25 Akta Pendaftaran Negara kerana memegang kad pengenalan milik orang lain.

Difahamkan, suspek tidak bekerja dan mula berkenalan dengan ibu mangsa sebelum tinggal bersama sejak dua bulan yang lalu.

Polis percaya, mangsa didera kerana suspek berang dengan mangsa yang begitu aktif. Ibu mangsa sebelum ini juga mengakui anaknya dipukul oleh suspek yang tidak berpuas hati dengan mangsa membuat bising.

Tambah ibu mangsa, anaknya dipukul menggunakan objek yang sama selama empat hari berturut-turut dan pernah dikurung semalaman di salah satu bilik kediaman PPR Desa Rejang, Setapak.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!