Kanak-kanak lebam di muka & seluruh badan akibat didera 4 hari berturut-turut oleh teman lelaki ibunya | The Reporter

Kanak-kanak lebam di muka & seluruh badan akibat didera 4 hari berturut-turut oleh teman lelaki ibunya

Nur Raisha, dipukul menggunakan penyangkut baju oleh teman lelaki ibunya, Amir Shafiq sehingga lebam di bahagian muka dan seluruh badan.

Seorang wanita meminta bantuan orang awam untuk mengesan dan menahan lelaki yang disyaki telah mendera kanak-kanak perempuan berusia 1 tahun 11 bulan sehingga mengalami lebam teruk di bahagian muka.

Menurut sumber yang menularkan kejadian itu di Facebook berkata, kali terakhir lelaki itu dilihat berada di kawasan Desa Rejang, Wangsa Maju.

“Kepada sesiapa yang ternampak lelaki ini, kali terakhir nampak di kawasan Desa Rejang, tolong tahan dan hubungi ibu kepada budak ini di talian 013-3062517 atau balai polis berdekatan. Berkenaan penderaan seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun,” katanya.

Sumber: Ainin Sofiya

Menurut ibu mangsa, Yap Mei Yee, 17, dalam laporan polis mengatakan, kejadian itu berlaku pada jam 10 malam, 7 Jun 2023 di mana dia dan anaknya, Nur Raisha, tinggal bersama dengan teman lelakinya, Amir Shafiq, 30, di rumah sewa PPR Desa Rejang.

“Anak saya seorang yang aktif di dalam rumah. Apabila anak saya membuat bising, teman lelaki saya sering memarahi dan memaki hamun anak saya. Dia memukul anak saya menggunakan penyangkut baju dan menamparnya di bahagian muka.

Gambar mangsa yang tular di media sosial

“Anak saya mengalami kecederaan di bahagian muka, bengkak di bibir, lebam di mata dan seluruh badan.

“Saya cuba menghalang perbuatannya tetapi gagal. Dia kemudian mengambil anak saya dan mengurungnya di dalam bilik sehingga keesokan pagi,” katanya.

Tambah Mei Yee lagi, Nur Raisha selalu dipukul sejak 4 Jun lalu sehingga ke hari ini. Dia dan anaknya kemudian dihantar ke rumah ibunya di Setapak Jaya.

Tiba di lokasi, polis yang mendapat maklumat mengenai kejadian itu terus datang ke lokasi dan Amir sempat melarikan diri.

Laporan polis telah pun dibuat untuk tindakan lanjut. Mangsa dan ibunya kini berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: Facebook Ainin Sofiya

Related Posts