Suspek bakar kereta polis bantuan guna bom petrol, telah ditahan - The Reporter

Suspek bakar kereta polis bantuan guna bom petrol, telah ditahan

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Susulan tular video seorang lelaki bernama Asip mengaku telah membakar kenderaan polis bantuan di Stesen MRT Mutiara Damansara awal pagi Khamis, polis telah menahan suspek.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid berkata, suspek yang merupakan pekerja p-hailing berusia 26 tahun telah ditahan di kediamannya di Flora Damansara jam 12 tengah hari tadi.

Siasatan awal mendapati, polis percaya suspek menggunakan bom petrol untuk melakukan perbuatan khianat tersebut.

Polis turut merampas beberapa barang bukti yang dipercayai telah digunakan oleh suspek dalam kejadian itu.

Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat.

Semakan di akaun TikTok lelaki itu mendapati, suspek tidak berpuas hati dengan kerajaan dan Polis Diraja Malaysia.

Sumber: Harian Metro

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!