Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Sebuah kenderaan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditemui dalam keadaan rentung di depan Stesen MRT Damansara, Selangor pagi Khamis, dipercayai angkara perbuatan khianat.
Menurut pengguna aplikasi X, Rahmie, turut ditemui beberapa kesan contengan di pondok menunggu juga menunjukkan pelaku seolah-olah berdendam dengan pihak berkenaan.
Dalam masa yang sama, tular video seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Asip, mengaku telah membakar kenderaan polis bantuan tersebut pada jam 1 pagi.
Pada kapsyen video, Asip menulis dia berpuas hati dengan tindakannya itu serta mendakwa #polistakdekeje.



Semakan pada akaun TikTok itu, suspek mendakwa Malaysia tidak pernah bahagian kerana pemerintahannya sesat kerana membiarkan rakyat menderita.
Suspek juga mempertikaikan cara polis melaksanakan tugas, selain mendakwa polis dan kerajaan gagal berfungsi.
Sementara itu Harian Metro melaporkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mengambil maklum mengenai kejadian itu dan pihaknya akan membuat tangkapan, serta mengeluarkan kenyataan rasmi dalam masa terdekat.