Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Seorang wanita berusia 28 tahun yang dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia di bilik tidur rumahnya di Indera Mahkota, dipercayai dibunuh.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mayat mangsa ditemui oleh ibu mentuanya sekitar jam 7.30 petang.
Mangsa tinggal bersama suaminya yang merupakan warga China, anak lelaki berusia tiga tahun dan adik ipar perempuan.
Terdahulu, polis menerima laporan kehilangan mangsa dibuat oleh bapanya yang berusia 62 tahun pada jam 3.25 petang Rabu, setelah gagal menghubungi anaknya selepas kali terakhir berhubung melalui WhatsApp pada jam 8.30 pagi.
Pada jam 7.30 petang, bapa mangsa dihubungi oleh menantunya yang memaklumkan anak perempuannya itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan jerutan di bahagian leher.
Mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.
Polis telah menahan empat ahli keluarga mangsa yang berusia antara 27 hingga 62 tahun untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, maklumat mengenai kehilangan mangsa tular di media sosial dan kemudian dikemas kini dengan berita penemuan mayat.
Sumber: Sinar Harian








