Sunway Lagoon & Lost World sambut Raya Sejuta Warna! | The Reporter

Sunway Lagoon & Lost World sambut Raya Sejuta Warna!

Pengunjung sambutan Raya Sejuta Warna bergambar di tepi kolam ombak waktu malam di Sunway Lagoon

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini lebih meriah di Sunway Lagoon dan Sunway Lost World Of Tambun dengan penganjuran ‘Raya Sejuta Warna’ bermula 31 Mac hingga 20 April 2025. Acara ini menghimpunkan elemen tradisi, hiburan moden dan pelbagai aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

Antara tarikan utama ialah pembukaan kolam ombak terbesar dunia, Surf Beach di Sunway Lagoon, buat pertama kali selepas waktu matahari terbenam. Suasana menjadi lebih istimewa apabila pengunjung disajikan dengan persembahan nyanyian lagu Raya beramai-ramai di tepi pantai di bawah bintang dan cahaya lampu perayaan.

Pada 4 dan 5 April lalu, kemuncak sambutan berlangsung meriah dengan perarakan kompang, tarian tradisional, persembahan jalanan dan pertunjukan budaya yang mencerminkan keindahan warisan Malaysia. Tidak ketinggalan, maskot popular seperti Captain Quack, Lady Quack dan Colourful Ketupat tampil dengan pakaian Raya dan melayan mesra para pengunjung.

Dekorasi berlatarkan rumah kampung dan pelita berwarna-warni menjadi lokasi wajib untuk bergambar kenangan. Pengunjung juga berpeluang bermain permainan klasik seperti gelongsor ketupat, membuat ketupat mini, lumba kain pelikat dan cabaran kutip sampul di Zoo Sentuh.

Waktu malam pula dihidupkan dengan pertunjukan Flaming Percussion, kemunculan Flying Ketupat yang menyinar di langit, nyanyian beramai-ramai di tepi kolam ombak dan pertunjukan bunga api muzik yang memukau — menjadikan sambutan ini benar-benar luar biasa.

Tiket boleh didapati di laman rasmi Sunway Lagoon, Sunway Lost World Of Tambun atau melalui aplikasi Sunway Super App. Program ini dibawakan khas oleh AmBank.

Related Posts