Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 | The Reporter

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17

Sumber gambar: Facebook Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan berkuat kuasa pada 31 Januari 2024.

Menurut Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat hari ini bersetuju Sultan Ibrahim dipilih menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-17.

Baginda akan menggantikan Sultan Pahang, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, yang penggalnya berakhir pada 30 Januari 2024.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, juga telah dipilih sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh lima tahun yang sama.

September, Sultan Ibrahim bertitah, baginda bersedia untuk melaksanakan tugas untuk negara dan rakyat.

Malam tadi, baginda mempengerusikan mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-262 di Istana Negara.

Sumber: Free Malaysia Today

Related Posts