Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Satu video tular merakamkan seorang atlet taekwondo Terengganu Fu Ceen Put Thai yang mengelilingi gelanggang sambil mengibarkan bendera Terengganu sebelum melakukan sujud syukur setelah memenangi pingat emas dalam acara kyorugi kategori lelaki bawah 63 kilogram.
Dalam acara berkenaan, Fu Ceen telah menewaskan peserta Perlis, Muhammad Rafieqqie Danish Md Roshidi dengan 13-2.
Tindakan Fu Ceen yang melakukan sujud syukur itu menimbulkan pertanyaan dan reaksi ramai.
Bagaimanapun, memetik laporan Sinar plus, pelajar semester satu, Diploma Hotel Management, Politeknik Metro Kuala Lumpur, mendedahkan dia sudah bergelar sebagai ‘saudara baharu’ pada Disember tahun lepas dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada ahli keluarga selepas berjaya meraih pingat emas.
“Saya sebenarnya telah memeluk Islam pada Disember tahun lepas.
“Kini saya sedang meluangkan masa bersama-sama dengan ibu kerana saya memang selalu bersama dengan mereka,” katanya.
Fu Ceen memilih nama Islamnya dengan nama Fathurrahman.








