Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Pegawai Pendidikan di Filipina mengumumkan penangguhan sesi persekolahan bagi puluhan sekolah di Manila ekoran gelombang panas yang melanda.
Indeks suhu diramalkan mampu mencapai tahap bahaya iaitu 42 darjah celcius dan dijangka mencecah sehingga 43 darjah celcius pada hari ini.
Suhu tertinggi yang pernah direkodkan di Manila ialah 38.6 darjah Celsius pada 17 Mei 1915.
Sekolah rendah dan menengah di Quezon, bahagian paling ramai penduduk di ibu kota, diarah tutup, manakala sekolah di kawasan lain diberi pilihan oleh pegawai pendidikan untuk beralih kepada pembelajaran jarak jauh.
Di beberapa daerah lain, terdapat beberapa sekolah telah memendekkan waktu persekolahan.
Indeks haba antara 42 hingga 51 darjah Celcius boleh menyebabkan ‘stok haba dan keletihan haba’ dengan peramal cuaca mengeluarkan amaran strok haba ‘kemungkinan berlaku dengan pendedahan berterusan’.
Dalam pada itu juga, peramal mengatakan suhu antara 33 hingga 41 darjah celcius berkemungkinan turut menyebabkan berlakunya strok haba dan keletihan haba.
Sumber: Sinar Harian, Phil Star Global