'Suhaimi Bin Saad telah kembali kepada penciptaNya sebentar tadi jam 7.40 malam' - In-Team - The Reporter

‘Suhaimi Bin Saad telah kembali kepada penciptaNya sebentar tadi jam 7.40 malam’ – In-Team

Follow kami di Facebook, Instagram, Telegram, X, Threads, TikTok & WhatsApp untuk info selektif setiap hari.


Bekas ahli kumpulan In-Team, Mohd Suhaimi Bin Saad dikhabarkan telah meninggal dunia. Berita pemergian Allahyarham dikongsikan melalui Facebook rasmi Kumpulan In-Team sebentar tadi.

“Sahabat kami yang kami kasihi. Mohd Suhaimi Bin Saad telah kembali kepada penciptaNya sebentar tadi jam 7.40 malam

“Salam Takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan. Semoga Allah menempatkan Almarhum dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,”tulisnya.

Terdahulu, Suhaimi Saad dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor sejak beberapa hari lalu disebabkan jangkitan kuman pada paru-paru atau pneumonia.

Suhaimi, 43, yang bersama In-Team selama lima tahun bermula pada 2000 itu pernah mengejutkan ramai apabila mengumumkan ingin bersara sebagai penyanyi nasyid selain enggan dipanggil ustaz.

Allahyarham meninggalkan isteri, Nordiana Mohd. Naim atau lebih dikenali sebagai Ina Naim dan empat cahaya mata.

Sumber: In-Team

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Copyright reserved!