'Sudah-sudahlah minta maaf, orang dah muak & bosan' - Dr. Akmal Saleh | The Reporter

‘Sudah-sudahlah minta maaf, orang dah muak & bosan’ – Dr. Akmal Saleh

Dr Akmal Saleh muak dan bosan dengan permohonan maaf

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pemuda Umno meminta pihak berkuasa melakukan siasatan segera berhubung kejadian pengibaran bendera China semasa perarakan di Menara Condong Teluk Intan, semalam.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, insiden tersebut telah menimbulkan kebimbangan dan menyentuh sensitiviti rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Susulan insiden itu, Pemuda Umno Perak telah diarahkan untuk membuat laporan polis agar siasatan menyeluruh dapat dilakukan terhadap penganjur perarakan tersebut.

“Buat perarakan di tempat awam tanpa permit dan kibar pula bendera China tanpa ada bendera Malaysia,” katanya.

Beliau turut menekankan, insiden melibatkan tentera laut China di sebuah sekolah tempatan sebelum ini sudah mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan rakyat, dan kejadian terbaharu ini semakin menambah kekeliruan.

Walaupun penganjur perarakan tersebut, iaitu Pengerusi Persatuan Kebudayaan Guan Gong, telah memohon maaf, Datuk Dr. Muhamad Akmal berpendapat, permohonan maaf sahaja tidak memadai.

Menurutnya, tindakan segera dan tegas perlu diambil oleh pihak berkuasa bagi memastikan perkara serupa tidak berulang serta sebagai amaran kepada semua pihak agar menghormati sensitiviti masyarakat majmuk di negara ini.

“Tolonglah, jangan sudah buat kemudian minta maaf, orang dah muak dan bosan.. Cukuplah asyik kita saja yang kena bersabar,” tambahnya lagi.

Sumber: Harian Metro

Related Posts