Starbucks Malaysia tetap pendirian junjung kemanusiaan & kutuk keganasan - The Reporter

Starbucks Malaysia tetap pendirian junjung kemanusiaan & kutuk keganasan

Starbucks Malaysia dalam satu kenyataan menegaskan terdapat penyebaran maklumat yang salah berhubung pendirian mereka dalam konflik di Timur Tengah. Keadaan itu menyebabkan
tindakan keganasan dan vandalisme telah dilakukan di beberapa cawangan, serta serangan terhadap pekerja-pekerja mereka.

Sehubungan dengan itu, jelas mereka wajar sekiranya mereka memberikan kenyataan berhubung pendirian mereka. Starbucks sekali lagi menafikan sebarang agenda politik.

“Pendirian kami tetap tidak berubah. Kami menyokong inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan komuniti tempatan, bagi menunjukkan komitmen kami terhadap tanggungjawab sosial dan pembangunan komuniti.

“Kami menjunjung tinggi kemanusiaan. Kami mengutuk kekerasan, kehilangan nyawa orang yang tak berdosa serta semua kebencian,” tulis kenyataan itu.

Dalam pada itu, Starbucks Malaysia turut menjelaskan selama lebih 25 tahun mereka komited berkhidmat kepada masyarakat setempat termasuk sokongan aktif untuk komuniti tempatan, kerajaan semasa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Dengan lebih 5,000 pekerja di 400 cawangan, tenaga kerja kami terdiri sepenuhnya daripada rakyat Malaysia termasuk individu kurang upaya,” katanya.

Syarikat tersebut turut menyatakan kewujudan operasi di Timur Tengah dan Afrika Utra yang dikendalikan oleh Alshaya Group lebih dari 20 tahun dan mempunyai 2,000 cawangan

Sumber: mystarbucks

Total
0
Shares
Related Posts
Total
0
Share
error: Content is protected !!