'Sos rasa macam abang lori' - Pengulas makanan dikecam netizen | The Reporter

‘Sos rasa macam abang lori’ – Pengulas makanan dikecam netizen

Pengulas makanan sedang duduk di hadapan beberapa hidangan risol di sebuah gerai makanan jalanan bertemakan hipster
Review depan makanan penuh meja, tapi komen pasal sos tu buat netizen tak senang duduk

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Seorang pengulas makanan dikecam netizen selepas memuat naik satu video ulasan makanan yang disifatkan tidak menggambarkan realiti makanan tersebut. 

Dalam video TikToknya, dia mengulas menu risol dari sebuah gerai bernama UncleMiStreetFood di Gombak. Dia dengan selamba mendakwa harga makanan di gerai tersebut mahal dan sos yang disediakan “rasa macam abang lori”.

Ulasan itu segera mengundang reaksi daripada netizen yang merasakan gaya review tersebut biadab dan jauh dari penilaian sebenar berdasarkan tekstur atau rasa makanan.

Sambal kicap terlalu pedas
https://www.tiktok.com/@ceokakireview/video/7496370774408842504

Pengulas makanan berkenaan turut menyentuh soal harga dan saiz makanan, mendakwa ia tidak berbaloi dan sos sambal kicap yang disediakan tidak menepati selera, satu kenyataan yang menjadi tular dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan pengikutnya.

Individu yang sama sebelum ini pernah tular di media sosial berhubung ulasan makanan yang buruk dan mempunyai isu dengan gaya penyampaian seorang pengulas makanan terkenal, Jason. 

Pemilik kedai beri respon

Sementara itu, pemilik gerai UncleMiStreetFood tidak berdiam diri dan tampil memberikan respon balas melalui video ulasan semula di TikTok. 

Beliau mempertahankan kualiti risol yang dijual dan menjelaskan bahawa sos sambal kicap yang digunakan dibuat sendiri dengan tekstur yang seimbang iaitu tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair serta sesuai untuk dinikmati bersama keropok lekor dan pisang goreng.

@unclemistreetfood

Bila kita panggil utk review makan jadi ginilah..kita terpaksa SABAR..mungkin dengan cara ni dapat memeriahkan suasana dan meramaikan lagi yg datang membeli..sy sambung review dia smlm sbb ramai nk tahu rasa sos abg lori tu..jadi dlm video ni kt explain ya.. #sosrasaabglori #unclemistreetfood #LuLaparLuMari #gorengpisangmalam #keropoklekormalam #kantingombak

♬ original sound – Turn waste into wealth

Menurutnya lagi, sambal kicap Johor mempunyai pelbagai variasi termasuk yang manis, pedas, pekat dan cair. Versi yang digunakan oleh UncleMiStreetFood adalah sedikit pedas dan memang dirancang untuk menepati cita rasa golongan dewasa.

Hantaran tersebut kini mencecah lebih 300,000 tontonan di TikTok dan terus menjadi perbualan hangat warga maya, terutamanya dalam kalangan peminat makanan jalanan dan pengulas makanan tempatan.

Related Posts