Skim pencen sukarela, hanya wajib kepada pencarum baharu
Kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan mekanisme baharu bayaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bulanan seperti pencen bermula Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). Namun, ia hanya akan diwajibkan kepada ahli baharu yang mendaftar selepas tarikh pelaksanaan.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying menjelaskan, ahli KWSP sedia ada tidak akan terkesan dengan pelaksanaan ini. Sebaliknya diberi pilihan untuk menyertai secara sukarela jika mahu.
Beliau menjawab soalan Mordi Bimol (PH-Mas Gading) di Dewan Rakyat berhubung rasional cadangan itu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.
Baca juga:
- Menteri Agama puji Jep Sepahtu, sifatkan inspirasi kepada golongan asnaf
- MP Masjid Tanah cadang Hospital Putrajaya dinamakan sempena Tun Dr Hasmah
- Bajet 2027: Puad gesa tubuh badan khas pantau perbelanjaan kementerian
Dua komponen simpanan untuk jaminan pendapatan hari tua

Lim berkata, struktur baharu ini akan diaktifkan apabila ahli mencapai umur persaraan minimum dan simpanan mereka akan dibahagikan kepada dua komponen:
- Simpanan fleksibel – boleh dikeluarkan bila-bila masa mengikut keperluan ahli.
- Simpanan pendapatan – diagihkan secara berkala atau bulanan sehingga habis.
Langkah ini bertujuan memastikan simpanan persaraan pencarum kekal lebih lama, sejajar dengan peningkatan jangka hayat rakyat Malaysia serta menyokong pengurusan kewangan yang lebih mampan.
Tambahnya, struktur ini tidak akan menjejaskan hak pengeluaran penuh bagi ahli KWSP sedia ada yang masih kekal dalam sistem semasa.
Sumber: Kosmo, Harian Metro








