'Sir, muka sir macam pegawai yang langgar budak SPM tu' - Komen biadap pelajar tuisyen online Sir Halim dikecam ramai | The Reporter

‘Sir, muka sir macam pegawai yang langgar budak SPM tu’ – Komen biadap pelajar tuisyen online Sir Halim dikecam ramai

Tular baru-baru ini tindakan beberapa pelajar yang dianggap tidak beradab meninggalkan komen ke atas guru yang sedang mengajar semasa sesi kelas tuisyen secara dalam talian mendapat kecaman ramai.

Tindakan segelintir pelajar itu membuatkan guru yang dikenali sebagai Sir Halim atau Sir Koala tergamam seketika.

@naufnl

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


“Respect is to be earned, not to be given” – sir halim/ sir koala #form3 #uasa #kssm #upsa #pt3 #mcplus #plusianfluencer #sirhalim

♬ original sound – naufnl – naufnl

Antara komen yang disifatkan terlalu kasar adalah dengan menyatakan wajah Sir Halim seakan sama dengan pegawai kanan polis yang didakwa melanggar seorang pelajar Tingkatan Lima sehingga menyebabkan maut baru-baru ini.

“Sir, muka Sir macam pegawai yang langgar budak SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) itu,” komen pelajar itu.

Namun begitu, Sir Halim dilihat sangat profesional dalam menguruskan emosinya. Malahan dia sempat menitipkan beberapa nasihat kepada pelajar berkenaan.

“Apa yang saya nak bagitahu dekat sini adalah benda yang paling penting berkaitan hormat. Bagi saya ‘respect is to be earned, not to be given’.

“Kita ada ramai pelajar yang bersama dengan kita, saya jenis yang tak takut untuk sebut nama pelajar, saya takut nanti bila saya sebut nama awak, awak malu.

“Nanti bila awak malu, awak akan tertekan dan tak akan belajar, lepas itu awak akan anxiety dan pada akhirnya awak akan meninggal dunia sebagai ‘failure’,” katanya.

Sumber: TikTok naufl

Related Posts