Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.
Taman Hidupan Liar Lok Kawi mengumumkan berita duka dengan pemergian seekor Harimau Belang Malaya (Panthera tigris jacksoni) jantan yang dikenali sebagai ‘Si Cacat’ pada Sabtu lalu kira-kira jam 8.00 malam.
Menurut pihak pengurusan Taman Hidupan Liar Lok Kawi, Si Cacat merupakan satu-satunya haiwan jenis Harimau Belang Malaya yang masih berada di Taman Hidupan Liar Lok Kawi. Haiwan tersebut telah berada dalam penjagaan taman berkenaan selama beberapa tahun.
Dalam kenyataan itu, pihak taman memaklumkan bahawa Si Cacat mengalami masalah artritis kronik, menyebabkan kesukaran untuk bergerak. Keadaan kesihatannya juga semakin merosot selari dengan pertambahan usia.
“Si Cacat bukan sahaja menjadi ikon kepada taman ini, tetapi juga lambang kepupusan yang semakin kritikal bagi spesies Hariman Belang Malaya,” ujar pihak pengurusan.
Baca juga:
- Imigresen serbu restoran popular, 101 pekerja asing ditahan kerana kerja tanpa permit
- Lelaki maut dalam kebakaran unit kondominium di Mont Kiara
- ‘Saya rayu PMX jangan iktiraf UEC’ – Akmal Saleh
Tambah mereka, kematian Si Cacat menandakan kehilangan besar bukan sahaja kepada Taman Hidupan Liar Lok Kawi, tetapi juga kepada usaha pemuliharaan spesies harimau yang semakin terancam di Malaysia.
Sebagai langkah seterusnya, pihak taman berhasrat untuk terus bekerjasama dengan rakan-rakan konservasi bagi memperkukuh usaha pemuliharaan dan meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan melindungi spesies haiwan liar tempatan.








