Shuib mohon maaf & mengaku khilaf | The Reporter

Shuib mohon maaf & mengaku khilaf

Sumber Gambar : Harian Metro, Instagram Shuib

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Usahawan dan juga selebriti, Shuib memohon maaf dan mengaku kekhilafan atas perkongsian beliau mengenai penglibatan dalam aktiviti perjudian.

Katanya, walaupun perkongsian itu diharapkan sebagai satu pengajaran kepada orang ramai, namun dia sedar kisah membuka aib tidak seeloknya didedahkan secara terbuka.

“Sebenarnya saya enggan membesarkan hal ini lagi walaupun menerima pelbagai komen positif dan negatif. Namun, kalau dilihat dari sudut hukum agama selepas membuat bacaan dan menonton di YouTube, memang tidak manis membuka aib sendiri walaupun bertujuan untuk memberi pengajaran kepada orang.

“Jadi, tindakan yang dilakukan itu adalah satu khilaf daripada pihak saya dan saya akan mengambil pengajaran serta lebih berhati- hati ketika bercerita mengenai perkara silam.

“Saya juga sedar kadang-kadang niat tidak menghalalkan cara. Jadi, saya ambil maklum sebab ada cara sebenarnya kalau nak bercerita mengenai benda yang tak baik untuk dijadikan pengajaran mengikut Islam,” katanya.

Tonton podcast sebelum menghukum

Walaupun dikritik, Shuib berharap orang ramai dapat menonton podcast tersebut sebelum menghukum.

“Kalau tonton podcast ini dari awal hingga akhir di YouTube, ramai yang akan mendapat pengajaran sebab ia daripada kisah benar bukan cerita rekaan.

“Kisah ini pula dilakukan oleh orang yang dikenali sekali gus lebih dekat untuk orang terima. Kalau ikutkan ramai penonton yang meninggalkan komen positif termasuk berkongsi pengalaman mereka yang serik dengan aktiviti tidak berfaedah dan mendatangkan dosa ini.

“Cuma apabila sebahagian video ini tular di media sosial dan terdapat portal berita yang meletakkan tajuk yang tergantung, jadi mula lah orang bercakap fasal saya buka aib sendiri sedangkan Allah dah tutup aib saya.

“Tapi kalau lah mereka boleh pergi ke YouTube dan menonton podcast itu dari awal sebenarnya kami sudah meletakkan ‘peringatan’ supaya tidak terikut dengan gejala ini dan perkongsian ini bertujuan memberi pengajaran,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Related Posts