‘Shin Yi sayangku, oh bidadariku’ - Giliran suami balas mesej isterinya di billboard tular - The Reporter

‘Shin Yi sayangku, oh bidadariku’ – Giliran suami balas mesej isterinya di billboard tular

Sumber gambar: World of Buzz

Isnin, 18 Disember yang lalu tular gambar satu papan iklan di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) menyiarkan mesej daripada seorang wanita yang mendakwa suaminya curang.

Menurut wanita berkenaan yang dikenali sebagai Shin Yi, dia mendapati suaminya, Kevin Teoh Chee Sing, curang di Jerry Coworking Spaces. Malah dia mempunyai video bukti yang akan diserahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut.

Baca berita berkaitan: Billboard TTDI raih perhatian ramai, paparkan pendedahan wanita mengenai suaminya curang

Gambar tular itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang menganggap si isteri menggunakan cara yang berbeza untuk mengaibkan suaminya. Namun, ada pula yang tidak menolak kemungkinan siaran itu hanya sekadar iklan untuk Jerry Coworking Spaces.

Semalam, tular sekali lagi gambar papan iklan yang menyiarkan mesej daripada Kevin kepada Shin Yi. Dalam mesej itu, Kevin menafikan dakwaan tersebut. Sebaliknya dia hanya sekadar minum bersama rakan sekerja.

“Shin Yi sayangku yang menawan, yang penyayang namun terlalu curiga. Oh bidadariku.

“Saya sengaja guna bilik yang bertingkap. Namun kecuali you nampak saya minum kopi Wonda dengan rakan sekerja. Memang tiada apa-apa pun di video tu.

“Saya akan menyakinkan peguam kamu, sepertimana saya menyakinkan kamu, bahawa sayalah lelaki yang sempurna untuk mu!” katanya.

Tinjauan di media sosial mendapati, ramai netizen mula sedar bahawa ‘kisah curang’ yang ditularkan selama ini hanyalah sekadar marketing untuk Jerry Coworking Space dan Kopi Wonda.

“Okay. Maksudnya diorang serve kopi Wonda di Jerry Coworking Space. Noted,” kata netizen.

“Isteri promote coworking space, manakala suami promote kopi Wonda. Terbaklah konsep dia,” tambah netizen lain.

Sumber: World of Buzz

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!