Billboard TTDI raih perhatian ramai, paparkan pendedahan wanita mengenai suaminya curang - The Reporter

Billboard TTDI raih perhatian ramai, paparkan pendedahan wanita mengenai suaminya curang

Sumber gambar: Timothy Tiah

Seperti kebanyakan kisah tular, mangsa akan menularkan gambar atau video kelakuan atau apa-apa tindakan suspek atau pelaku di media sosial.

Tetapi, lain pula cara yang dibuat oleh wanita ini apabila mendapati pasangannya curang.

Satu papan iklan di Taman Tun Dr Ismail digunakan oleh wanita ini untuk membongkarkan kegiatan pasangannya.

“Kamu berbohong, menipu, dan pengecut. Saya lihat kamu di Jerry Coworking Spaces TTDI.

“Semuanya dirakam dalam video. Lain kali pilih bilik tanpa tingkap.

“Jangan hubungi saya, tapi peguam saya akan hubungi kamu!” tulisnya.

Tidak dapat dipastikan samada kenyataan tersebut benar-benar merupakan luahan perasaan marah seorang wanita atau sekadar iklan untuk meraih perhatian ramai.

Sumber: Timothy Tiah

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!