Penyanyi, Shila Azmah mendedahkan pernah menerima tawaran sebagai duta produk syampu di China dengan bayaran sebanyak RM6 juta.
Bagaimanapun, Shila terpaksa menolak tawaran berkenaan apabila pihak syarikat tersebut meletakkan syarat agar beliau membuka tudung.
“Semasa saya di China, saya dapat tawaran iklan syampu rambut. Saya mula terfikir macam mana saya nak buat sedangkan saya bertudung.
“Syarikat tu tawarkan pada saya 10 juta yuan (RM6 juta) dengan syarat perlu buka tudung,” katanya.
Baca juga:
- Chef Zam minta hormati ruang Tun M
- FAM tuntut penjelasan FIFA isu masa tambahan Indonesia-Bangladesh
- Tular minyak masak paket Malaysia banyak dijual di Narathiwat, cetus persoalan
- Pemuda MCA gesa Ridhuan Tee hentikan kenyataan cetus ketegangan kaum, agama
- KPM henti serta-merta program libatkan penceramah bebas susulan dakwaan tular
Menerusi temu bual di Suria Malaysia, Shila menegaskan beliau menolak tawaran tersebut kerana ketika itu beliau sudah berhijab.
Shila turut menjelaskan bahawa selebriti di China kebiasaannya memperoleh pendapatan yang jauh lebih tinggi kerana dibayar dalam jumlah jutaan yuan.
“Sebenarnya penyanyi, pelakon lebih kaya di China. Satu episod memang dibayar berjuta,” ujarnya.
Mengulas lanjut, Shila menyatakan keputusan menolak tawaran sebagai duta syampu itu dibuat secara peribadi tanpa berbincang dengan mana-mana pihak.
“Saya terus tolak, tak perlu fikir tawaran tu,” katanya.
Sumber: Suria Malaysia








