Penyanyi wanita melayu pertama tembus pasaran China, Taiwan & Hong Kong, Shila Amzah dilihat sebagai penyanyi berkualiti - The Reporter

Penyanyi wanita melayu pertama tembus pasaran China, Taiwan & Hong Kong, Shila Amzah dilihat sebagai penyanyi berkualiti

Follow kami di Facebook, Instagram untuk info selektif setiap hari.


Pelantun suara Patah Seribu, Shila Hamzah satu ketika dulu menempa nama cukup indah di pasaran luar Malaysia. Sambutan yang diberikan kepadanya ketika mengadakan persembahan di sana cukup hebat.

Pada tahun 2012, Shila berhijrah ke China untuk mengembangkan bakatnya dan beliau terpilih untuk menyertai pertandingan nyanyian anjuran sebuah stesen televisyen di Hunan. Disitu bermula titik tolak karier beliau.

Walaupun bapanya bergelar seorang penyanyi, namun Shila membuktikan dia mampu membawa imejnya yang tersendiri tanpa dibayangi oleh bapanya.

Menerusi satu hantaran di jaringan X, Shila Amzah dikatakan penyanyi wanita pertama berbangsa Melayu yang berjaya menembusi pasaran di tiga buah negara iaitu China, Taiwan dan Hong Kong.

“Penyanyi wanita Malaysia berbangsa Melayu pertama menembusi pasaran China, Taiwan dan Hong Kong. Nama beliau sangat terkenal di tiga negara ini dan mempunyai album penuh di dalam bahasa Cina. Album ini bertajuk “My Journey – Shila Amzah”.

“Album kedua ini pernah menduduki carta pertama Weibo dan beliau sendiri mempunyai jumlah pengikut melebihi 2 juta di Sina Weibo.

“Shila telah memenangi pelbagai anugerah khas seperti 2016 Melodi Awards: Best Female Singer (Hong Kong and Taiwan), Most Popular Female Artist, Song of the Year (Hong Kong and Taiwan) dan banyak lagi,” tulisnya.

Anugerah istimewa

Selain daripada pencapaian tersebut, Shila juga telah diberikan anugerah istimewa oleh kerajaan China atas sumbangan khasnya dalam mengeratkan hubungan di antara Malaysia dan China.

“Diangkat menjadi duta budaya setelah Shila menghiburkan presiden China, Xi Jinping semasa lawatannya ke Malaysia pada Oktober 2013.

“Beliau turut pernah menerima anugerah daripada Duta China ke Malaysia: Anugerah Persahabatan China-Malaysia,” tulisnya.

Antara pencapaian lain, Shila dianugerahkan pingat Ahli Mangku Negara (A.M.N) oleh Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada tahun 2017.

Sumber: Astro Awani, viloalip

Total
0
Shares
Total
0
Share