Shila Amzah dedah, teman wanita adiknya tidak pernah bayar bil api air sepanjang tinggal di rumahnya tanpa izin sejak 2021 - The Reporter

Shila Amzah dedah, teman wanita adiknya tidak pernah bayar bil api air sepanjang tinggal di rumahnya tanpa izin sejak 2021

Semalam, penyanyi Shila Azmah mengeluarkan kenyataan meminta teman wanita kepada adiknya, Eiza, keluar daripada kediamannya selewat-lewatnya hari ini.

Ini kerana wanita itu menetap di banglo tersebut tanpa meminta keizinan daripadanya sejak 2021. Shila juga menegaskan dia akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya Eiza enggan berbuat demikian.

Malah, Shila memberi amaran kepada Eiza untuk tidak mengeluar sebarang kenyataan berhubung keluarganya di media sosial, atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Dalam sesi soal jawab dengan pengikutnya semalam, Shila menjelaskan wanita itu sentiasa ada dalam apa jua aktiviti keluarganya.

Menurut Shila, dia tidak kisah sekiranya wanita itu baik orangnya. Tetapi sejak dari kes perceraian ibu bapanya sehinggalah kes yang terbaru, sikap wanita itu menunjukkan yang sebaliknya.

“Lillahitaala je untuk sekarang. Dia bila orang luar pula batu api. Selama ini Sha diamkan je, dia ingat Sha lembik,” katanya.

Selain itu, Shila mendedahkan wanita terbabit tidak pernah membayar bil elektrik dan air sepanjang tinggal di kediamannya sejak 2021.

Mengenai rancangannya untuk menjual kediaman itu, Shila tetap dengan keputusannya. Penyanyi berusia 33 tahun itu hanya menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

Sumber: Instagram Shila Amzah

Total
0
Shares
Related Posts
error: Content is protected !!